UiTM Bertam Part 1

 


sumber 1: Facebook PTAR UiTM Bertam

Assalamualaikum dan Hai semua yang sudi lawat ke blog saya 😊

 

Jadi, hari ni saya nak share kan sikitlah tentang UiTM Bertam, heee. So untuk sesiapa yang dapat tawaran dan anda berjaya ke UiTM Bertam, tahniah saya ucapkan! Mesti korang tak pernah dengar kan UiTM Bertam ni, saya pun sama hehe. Mula-mula masa dapat result UPU yang mengatakan kita dapat kat UiTM Bertam ni, wondering lama jugaklah, “Bertam ni kat mana?”. Haaa, bila search kat google, dapatlah jawapannya. Nun jauh di utara sana ya rupanya (saya duk N9, so saya rasa Bertam ni jauh laa hehehe).

So, UiTM Bertam ni terletak di negeri Pulau Pinang, dalam daerah Kepala Batas. Bertam ni dah nak dekat area Kedah dah ni, dekat je dengan Sungai Petani. Kalau korang travel melalui highway, korang amik EXIT 166 – PERSIMPANGAN BERTAM yaa. Jangan sampai terlajak pulak. Lepas keluar dari plaza toll, terus masuk lorong kiri bila korang sampai kat traffic light kat simpang 4 tu. Masuk lorong kiri, dan straight jeeee. UiTM Bertam ni terletak dekat dengan MRSM Kepala Batas. Kalau korang dah ternampak MRSM Kepala Batas, get ready lah untuk perlahankan pergerakan dan belok ke kiri. Selepas itu, dah korang masuk lorong kiri tu, korang straight je lagi heheheh sampailah korang jumpa traffic light kat dalam tu. And your destination is on your left! Walla!

So gambar kat kepala posting ni ialah gambar pintu masuk UiTM Bertam (bukan gate ya-gate macam biasa jee). Kan gah di situ hah!

UiTM Bertam ni kecil je kalau nak dibanding dengan UiTM-UiTM lain dalam Malaysia ni. Walaupun kecil, penghuninya pun sedikit – kami tak melebihi 1000 students pun, so lagi senanglah kalau korang nak berkenalan dengan ramai orang. Sebab asyik asyik muka orang yang sama je korang akan jumpa nanti. Bayangkan korang terjumpa seorang ni dekat 4 kali dalam sehari- boleh terjadi tau. So, disertakan di sini pelan UiTM Bertam ….

 

sumber 2 Google Earth + diedit oleh diri sendiri

Okay, maafkan saya edit tersebut agak buruk, tapi korang boleh faham kan dari gambar ni roughly macam mana UiTM Bertam tu sendiri. Okeh mari saya bagitahu satu2 tentang bangunan yang berwarna sahaja ya.

1.       Blok kolej – Blok kolej ni ofcos la ada kolej kan. Okaylah, kolej di sini hanya ada sebuah sahaja, tapi dia dibahagikan kepada dua bahagian (wing) iaitu A dan B. Untuk pelajar perempuan (siswi) di wing A, manakala pelajar lelaki (siswa) di wing B. Kolej kami diberi nama KOLEJ AL-ZAHRAWI. Berkapasiti 1000 students dalam satu masa. Kat kolej ni ada dobi untuk mencuci baju. Baru baru ni pihak kolej ada tambah beberapa mesin basuh baru kat dobi so lagi convenience la kolej ni ecewah. Suasana kolej ni memang sangat harmoni ehehe sangat selesalah nak diduduk senang cerita.

2.       Kafeteria – Tempat makan students dan semua orang dalam UiTM Bertam ni. Kafeteria ni dekat je dengan kolej, bersebelahan je. Di cafeteria ni, ada 4 sahaja gerai makanan, tapi korang jangan risau, In Shaa Allah makanan mencukupi. Kalau tak cukup, dekat hallway sebelum korang sampai ke kafe dari kolej, ada kedai runcit. Kat kedai runcit ni, macam2 korang boleh beli, ramen ada, megi ada, aiskrim ada, buah-buahan ada, air sejuk pun ada, air mineral pun ada jugak. Murah pulak tu fuhh. Stationery takde ke???? Adaaa, sebelah kedai runcit ni ada kedai fotostat – tempat di mana student photostat dan print segala mak nenek assignment dorang. Kat kedai fotostat ni ada jual stationery yee so bolehlah beli stationery anda di sini.

3.       Court Futsal – tempat di mana biasanya student lelaki main futsal petang-petang dan malam-malam. Court futsal juga kadang-kadang digunakan untuk persembahan demo dari team Silat, dan digunakan juga untuk meeting yang melibatkan ramai orang.

4.       Padang – yes padang. Padang ni ialah tempat students beriadah waktu petang. Biasanya setiap hari Rabu akan ada perlawanan bola sepak dalam kalangan staf UiTM sendiri atau pihak luar juga. Selain itu, padang juga digunakan untuk menjadi venue program especially program-program sukanlah ya. Kat padang ni, korang bolehlah main frisbee, basketball, bola sepak, dan bola jaring. Aktiviti yang lain juga dibenarkan, tapi jaga keselamatan kalian ya!

5.       Dewan terbuka – dewan terbuka ni pula tempat orang buat perjumpaan dan kegiatan aktiviti pelajar. Biasanya program kelab dan persatuan sukalah jadikan dewan terbuka ni sebagai tempat mereka menjalankan aktiviti. Korang kalau nak Zumba petang2 kat sini pun, ONZZ jugak tau!

6.       Blok pentadbiran – di blok pentadbiran pula, terdapat HEP (bahagian Hal Ehwal Pelajar), HEA (bahagian Hal Ehwal Akademik), dan mesin ATM (mesin ATM ada satu je okiee itu pun Bank Islam sahaja ya) di tingkat bawah. Di tingkat atas pula, ada pejabat Polis Bantuan, pejabat Bendahari, dan pejabat Pengarah. Biasanya student paling takut nak naik atas ni lah, tak tahu pasaipa mungkin sebab ada PB la kut atas tu.

7.       PTAR – nama singkatan untuk Perpustakaan Tun Abdul Razak. Mostly library UiTM ada nama yang sama so kalau korang pergi melawat mana-mana UiTM sebut je PTAR, confirm diorang tahu PTAR tu apa. Okehh, kat sini terletaknya segala ilmu ecewahh. Untuk PTAR di UiTM Bertam ni, tiada bilik 24 jam ye macam UiTM lain. Di PTAR sini, kami ada bilik computer yang mempunyai 30 appx. buah computer di dalamnya dan ada khidmat printing dan photostat disediakan, so that takdelah korang nak kena berlari balik ke kolej nak print material class korang kalau tertinggal. Selain itu, bilik meeting juga ada, mini kafe pun ada juga – tapi saya tak pernah masuk la mini kafe ni, rasanya macam takde apa sangat. And tempat yang selalu menjadi favourite students sini ialah tempat rehat dia. Kat sini korang kena tanggalkan kasut tau sbb kat sinilah ada sofa, tempat korang nak baring-baring (ehh tiberr), baca majalah ke surat khabar kee, mini gym pun ada jugak kat sini (spoiler; ada yoga matt, mini dumbbell, dan sebiji yoga ball je di sini hehehe). Kat tempat rehat ni jugak ada game yang korang boleh main dengan kawan korang seperti carrom dan congkak. Ha pastu bising satu PTAR sebab kau main congkak dengan rakus. Ingat ya, walaupun main congkak,, kita kena juga meminimakan suara dalam PTAR! That’s the rule okieee 😊

8.       Blok Pensyarah – blok pensyarah ni juga agak scary kalau korang pergi, bukan apa – dia ada vibe menyeramkan, yelah nak jumpa lecturer la kan. So ni tempat yang mempunyai office lecturer, hanya pergi bila ada urusan je ya di sana 😊

9.       Blok Akademik – okay blok akademik ni menempatkan kelas kelas dan dewan kuliah yang korang akan pakai throughout the semester dan sepanjang pengajian korang kat sini okay. Blok ni ada 4 tingkat, tingkat 1 – 3 ada bilik kuliah, manakala di tingkat 4 terdapat makmal-makmal untuk pelajar kursus Fisioterapi. Ramai yang ingat tingkat 4 tu takde apa, walhal ada sebenarnya okie.

10.   Blok makmal – THE LAST ONE! Blok makmal hah! Inilah dia, tempat dimana korang akan habiskan berjam-jam korang di sini demi segulung diploma. Okay kat blok ni, wajib ye ada lab coat. Kalau korang tak pernah dengar lagi cerita ni, meh saya ceritakan – ramai students yang sanggup patah balik dari blok makmal ni ke kolej tau semata-mata nak ambil lab coat tertinggal. Tapi takpelah, jarak dua tempat ni tak sampai 10 minit pun. Tapi cubalah korang bayangkan, korang berjalan dengan penuh tenang, jalan dekat walkway tempat ootd UiTM Bertam pada pagi yang indah ditemani dengan rakan-rakan sekelas sambil bergelak tawa. Sampai sahaja di depan lab, bila mana lecturer dah sampai dan korang dah disuruh masuk, tapi bila korang check beg korang, lab coat tertinggal. Hah! Korang jadi manusia yang paling tak relax dalam masa satu saat sahaja. So di sini saya nak pesan, sentiasalah check dulu beg korang sebelum nak pergi kelas. And lagi satu, kat blok makmal ni, ada disediakan khidmat sewaan locker ya. So korang boleh sewa locker kat sini dengan harga RM10 (habis sem 4 nanti akan dipulangkan semula duit korang) untuk mengelakkan korang tertinggal lab coat di kolej ya especially korang yang cepat lupa tu. TAPI! Jangan pulak korang lupa bawak kunci locker tu pulak. *Facepalmx100 . Oh ya, tambahan. Kat blok makmal ni jugak ada vending machine, baru-baru ni ada dalam 2 vending machine dah, 1 untuk air tin, lagi 1 pula untuk air susu kotak. Jangan risau, harga affordable. 

 

So, sampai sini dululah ya penerangan tentang UiTM Bertam ni. Ni Cuma part 1 tau, banyak lagi nak cerita ni tentang UiTM Bertam. Cuma tulah, sebab rindu kita pun postlah di sini hee, PKP thangg you know.


Comments

Popular posts from this blog

First Post!!!